top of page
Search

Working with "GURUS"

  • Writer: Street Melody Kedah
    Street Melody Kedah
  • Sep 26, 2019
  • 2 min read

Dalam bidang seni ni ramai yang mengaku sebagai "guru", "sifu", "otai" dan yang seangkatan dengannya. Maka ramailah yang akan bercerita mengenai mereka dari mulut ke mulut, dari negeri ke negeri dan akhirnya jadi trending wordwide bila disebut-sebut dalam laman sosial. Apa itu guru? Sifu? Otai? Kalau di sekolah, ya! Yang mengajar kita dari tak tahu huruf "A" atau "Aliff" hingga kita jadi seperti siapa kita sekarang. Syukur... Alhamdulillah... Macam mana kita nak kenal "sifu" ni? Sebab kalau yang popular dan terbukti, maka betullah mereka itu sifu! Terbukti! Dari sudut persembahannya dan ilmu yang jelas dicurahkan pada kita. Kalau yang tak popular, macam mana? Simple! Kita boleh tengok dari sudut kerjanya. Sifu ni tak banyak cakap orangnya. Dia orang yang tidak sebarangan berfikir dan tidak sebarangan mengeluarkan kalam atau hujah. Tapi bila sekali dia menzahirkan karyanya, memang rare! Ada identiti tersendiri. Bukan copy and paste punya karya. Karyanya juga berbeza dari masa ke semasa. Tidak terlekat pada satu takuk. Ideanya jelas selari dengan pemikirannya. Dan yang paling jelas sifat seorang sifu adalah dia tidak akan sesekali meremehkan orang lain. Pendek kata, sifu tak perlu memperkenalkan kepada orang lain yang dia adalah seorang sifu. Bila ada perselisihan pendapat atau ideologi dengan satu pihak yang lain, biasanya sifu ini tidak akan cuba sedaya upaya untuk menonjolkan ke"sifu"annya. Dia hanya akan tersenyum seribu erti. Itulah sifat yang ada pada sifu saya yang seorang ni. Eman Manan. Siapa yang tak kenal dengan beliau? Seorang yang amat tegas dalam professionnya. Bukan mudah untuk mendapat sedikit ilmu lakonan dari beliau. Ramai yang mengatakan sifat beliau panas baran. Ya. Saya akui. Tapi barannya bersebab. Bukan baran membabi buta. Selama beberapa lama kami bekerjasama dalam bidang ini. Saya dapat banyak ilmu dari beliau. Ilmu dalam seni dan ilmu dalam kehidupan. Saya pegang sehingga ke hari ini apa yang beliau katakan. "Pelakon yang mengamalkan method acting adalah pelakon h***m J***h! Sebab kau tune kau punya feel tu dengan menggunakan kaedah yang tidak asli. Bukannya kau betul-betul rasa apa yang penulis skrip nak sampaikan!". Sampai sekarang aku gunakan dalam lakonan dan pengarahan aku. Alhamdulillah... Pesanan yang agak kasar itu rupanya menghasilkan sesuatu yang cukup lembut dan menyentuh perasaan penonton! So. Untuk jadi seorang sifu harus memiliki apa yang dikatakan ilmu yang boleh bermanafaat.


p.s : Eman Manan tidak akan memuji lakonan seseorang secara direct. So kalau ada yang mengaku beliau pernah memuji lakonan anda, SILA MENINGGAL! Ooopppsss! Terkasar la pulak... Maaf la ye.....


~ Aku Pon Dunia ~

ree
Seorang sifu akan sentiasa tersenyum

 
 
 

Comentarios


Post: Blog2_Post

©2019 by Aku Pon Dunia. Proudly created with Wix.com

bottom of page