BUSKERS DI ALOR SETAR WAJIB BACA!
- Street Melody Kedah
- Aug 4, 2020
- 3 min read
Senario busking di Kedah kebelakangan ini sudah mulai pulih dari kesulitan semasa PKP yang dilaksanakan dulu. Alhamdulillah... Rata-rata tempat kebiasaan buskers mencari rezeki sudah mula beroperasi semula dan membuka ruang kepada buskers seperti biasa. Walau pun masih terdapat sedikit kekangan dari sudut SOP yang ditetapkan, harapnya buskers di Alor Setar dapat mengadaptasi diri dengan normal baharu ini. Kita jaga kita dan jaga orang sekeliling kita.
Namun terkini telah wujud satu kluster Covid -19 (Kluster Sivagangga) baru di Kubang Pasu yang membimbangkan rakyat Kedah mungkin akan menjadi mimpi ngeri buat buskers di sekitar Alor Setar. Kita sendiri tidak tahu setakat mana kluster ini telah menular di Kedah. Kita semua berharap agar isu ini dapat selesai dengan kadar segera. Kita tidak mahu lagi melihat sahabat-sahabat kita terjejas sumber rezeki disebabkan penularan wabak ini berterusan. Na'uzubillahi min zhaliq! Cukuplah setakat PKP yang dilaksanakan sebelum ini mengunci pergerakan buskers dan peniaga di Kedah Darulaman.

Namun apa yang saya ingin bangkitkan pada benak fikiran sahabat semua adalah sekiranya permasalahan dulu berulang semula, adakah kita sudah bersedia? Adakah kita mengambil iktibar dari PKP terdahulu? Atau kita akan terus berharap agar penularan wabak ini terhenti? Bila ia akan terhenti? Adakah ia AKAN TERHENTI? Tak ada satu manusia pun mempunyai jawapannya. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Apakah kita sudah ada "back up plan" yang terbaik sekiranya kita terpaksa hadapi semula saat getir? Harus diingat saya pernah muat naikkan satu pos di Facebook saya yang kerajaan telah membelanjakan berbillion ringgit untuk memulihkan keadaan negara yang lumpuh di saat PKP dahulu. Sekiranya terjadi semula penularan wabak covid - 19 ini, adakah kita masih hendak mengharapkan bantuan kerajaan sepenuhnya? Di mana nilai kita? Adakah kita masih nak menjadi "bangsa subsidi" dulu, kini dan selamanya? Maaf jika bahasa saya agak kasar di situ tetapi itulah hakikatnya. Mind set kita masih tak berubah. Masih tidak timbul satu keinginan untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Kita spesis "pasrah dengan keadaan".
Sahabat semua, saya juga adalah seorang buskers satu masa dahulu dan saya percaya saya adalah antara buskers terawal di Alor Setar. Namun Allah SWT telah membuka minda saya agar terfikir sekiranya terjadi apa-apa pada saya satu hari, adakah saya masih boleh busking seperti biasa? Persoalan saya terjawap ketika PKP dilaksanakan. Di saat ramai sahabat saya tidak dapat mencari rezeki dengan busking, alhamdulillah, saya mampu menjana pendapatan dengan menjual simkad Tone Wow. Peningkatan permintaan pada masa PKP lalu mengubah kehidupan saya sehingga hari ini. Walau pun tidak sebanyak mana, saya sangat bersyukur kerana saya jalankan semula bisnes ini. Mungkin pada ketika sahabat semua membaca perenggan ini, sudah timbul satu perasaan menyampah. "Nak promote la tu!" Saya tak nak promote bisnes ni! Saya nak semua orang fikir sebaiknya. Kalau ditakdirkan PKP dikuatkuasakan semula, anda di mana ketika itu? Itu yang saya nak "promote" kepada sahabat semua! Kalau anda nampak, maka nampaklah. Kalau masih tak nampak, ambil lampu suluh dan suluh sampai nampak! Saya simpati dengan nasib beberapa orang sahabat buskers yang banyak komitmen untuk diselesaikan.

Satu malam saya berkesempatan untuk berbual dengan barisan AJK Kedah Music Art Community (K.M.A.C). Isu yang dibualkan adalah nasib salah seorang bassist yang hilang punca rezeki apabila club dan pub tidak dapat beroperasi buat masa ini. Beliau bercadang hendak menjual bass guitar kesayangannya demi kelangsungan hidup. Masya Allah... saya tergerak hati untuk hubungi beliau dan menyatakan hasrat saya untuk membantu beliau menjalankan bisnes Tone Wow ni TANPA SEBARANG MODAL. Tapi niat saya terhenti kerana saya tidak mahu dikatakan mengambl kesempatan dalam kesempitan. Biarlah dahulu. Sekiranya hati beliau tergerak untuk berjumpa saya dan mengubah nasib dengan bisnes ni, saya alu-alukan. Sebab saya bukan tak pernah mengajak sahabat buskers Alor Setar bersedia dengan bisnes ni, berkali-kali telah saya ajak tetapi mungkin di mata mereka bisnes ni tak glamour, low class, tak pandai buat, tak boleh survive dan macam-macam lagi. Bukan saya suruh berhenti busking! Buskinglah seperti biasa. Tapi apa salahnya kalau anda ada back up plan? Mungkin dah terdidik untuk pastikan duit segera. Busking hari ini, lepaslah untuk hari esok. Malam esok busking untuk lusa. Jadi, tak kisahlah. Sekiranya anda nak ubah nasib anda, carilah satu alternatif yang boleh menjana pendapatan walau pun ketika anda sedang tidur. Jika tidak, maka anda terpaksalah busking sampai anda dah tak mampu nak busking lagi. Wallahu A'lam.
~ Aku Pon Donia ~
p.s : Nak dibantu? Klik www.projekbuatduit.com/saifulazwan atau whatsapp dengan klik wasap.my/601164873210/TolongAjarAkuBuatDuit

Comments