JANGAN JADI AKAR LAGI!!! Part 2
- Street Melody Kedah
- Nov 4, 2019
- 4 min read

Senario muzik di Alor Setar masa kini rasanya dah terlalu jauh berbeza dari sebelum ini. Aku cuba mencari apa perbezaan yang amat ketara itu. Tiada jawapan yang aku temui sampailah pada tiga hari sebelum post ini wujud. Memang jauh perbezaan yang aku nampak. Dan perubahan yang membawa kepada perbezaan ini bakal menjadi satu "penyakit" yang sukar diubati satu hari nanti.
Tahun 90 an adalah tahun kegemilangan muzik di Alor Setar. Pada masa itu tak kurang dari dua puluh band yang wujud di sekitar Alor Setar. Pada zaman itu pertandingan Battle Of The Bands rancak sepanjang tahun dan menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan. Satu perkara yang menarik masa pertandingan ini ialah walau pun ada lebih kurang dua puluh band yang bertanding, semuanya ibarat satu keluarga. Tak pernah memandang rendah pada sesama sendiri (walau pun selepas beberapa tahun baru timbul cerita dia tak suka dia dan macam-macam lagi) dan masing-masing tak lokek berkongsi ilmu. Yang tua dan muda saling hormat menghormati. Memang sangat... sangat... sangat best zaman ni.
Kini segalanya berevolusi. Dari band atau kugiran sudah mula digelarkan buskers. Tak wujud lagi dah nama band atau kugiran atau kombo atau apa sahaja yang sewaktu dengannya. Pemahaman terhadap perkataan busking itu telah terpesong apabila masa kini kalau kita bermain alat muzik di pentas-pentas terbuka digelar dengan nama buskers. Walau pun pada hakikatnya kita band jemputan. Tak apalah... Kalau dah mereka nak faham macam tu, kau terangkan tiga juta kali pun tak guna sebab mereka dah difahamkan macam tu. Namun bukan itu isunya. Isunya bila semuanya nak busking, kenapa perlu timbul isu bayaran? Kau nak busking, kan? Buat sajalah! Apa hal kau nak pertikai orang nak bayar kau berapa, tempat ni sikit, tempat situ banyak? Nama pun busking! Kalau betul kita nak faham busking ni secara mendalam, lagi kita sakit kepala. Habis tu? Apa kena mengena bab busking ni dengan tajuk kat atas? Hah! Bila dah bunyi bab bayaran, layanan, kutipan dan yang sewaktu dengannya, mulalah timbul fenomena dengki mendengki, kutuk mengutuk, boikot memboikot, cantas mencantas dan banyak lagilah. Serious aku jadi fed up dengan hal-hal macam ni. Sangat leceh dan LOW CLASS!!! Perkara yang paling aku tak suka ialah apabila kau dianggap sebagai "AKAR". Faham tak pepatah "Rotan tak ada, akar pun berguna"? Dah mungkin ada yang membaca post ni dah fikir yang bukan-bukan pasal aku ni. Sabar! Biar aku jelaskan. Dah beberapa kali aku menghadapi situasi macam ni. Dapat panggilan telefon dari satu hamba Allah ni meminta aku tolong replace bassist dia sebab bassist dia ada hal. Aku ok ja. Tapi dalam beberapa minit, dia call aku balik dan cancel. Katanya bassist dia jadi main pulak hari tu. Ok lagi. Sebab yang nak main tu memang bassist dia. Jadi aku tak la ralat sangat. Yang kedua. Dapat call lagi dari sorang lagi hamba Allah yang mulia. "Abang Pon! Tolong main bass dengan band saya malam ni, boleh? Saya mula-mula dah confirm dengan ***** **** tapi last minute dia kata tak boleh main. Saya confirm pulak dengan *** *****. Mula-mula dia ok, lepas tu dia kata tak boleh juga. Last saya tak nampak orang lain dah! Abang Pon sorang saja!" Ayat tu buat aku ralat dalam 30% saja sebab aku tahu dua nama yang dipilih sebelum aku tu memang lebih bagus dari aku. Ternyata mulia juga hati kawan aku ni sebab letakkan aku pilihan terakhir dia. Insiden yang paling buat aku ralat dan macam nak "berbalas pantun" sikit ialah pada satu hari selesai aku buat persembahan di satu premis sebelah pagi, si hamba Allah yang awal tadi call aku. Macam biasa tanya aku boleh main bass tak petang tu dengan dia. Aku pun macam biasa on saja. Dan macam biasa juga selang beberapa minit dia call balik (bukan call aku pun tapi call handset orang lain suruh bagi tahu aku) cancel. AKu pun Macam biasa tak kisah sebab aku pun dah mula naik malas dah dengan orang macam ni. So aku pun balik rumah, lepak-lepak dengan family aku. Buka handphone, tengok ada member post. Main juga rupanya dengan hamba Allah yang call aku tadi tu. Dan aku dapat dua info. Pertama yang bassist tu offer diri untuk main. Keduanya memang hamba Allah yang call aku tu last minute buat keputusan untuk cancel dengan aku dan panggil bassist tadi. Hampa rasa? Aku ni apa? Cuba duduk depan aku bila berjumpa dan cakap terus terang. Jangan hipokrit! Serious perkara-perkara macam ni yang buat aku menyampah dah dengan muzik kat Alor Setar ni. Bukannya aku nak kata aku ni hebat dan aku tau orang-orang yang baca post ni juga akan kata aku ni perasan hebat. Tidak sama sekali! Jangan salah faham. Aku dah biasa dengan rejection secara terhormat dan secara terhaprak macam ni. Aku tak kisah pun. Dalam bidang teater pun aku dah tak kisah dianggap sebagai "akar". Tapi yang aku kisah adalah perangai orang-orang yang haprak ni. Kalau bercakap depan aku, macam malaikat. Tapi belakang aku rupanya hampa macam ni. Baiklah. Moral of the story, jangan biarkan diri kita dianggap sebagai "rotan tak ada, akar pun berguna". Walau pun hakikatnya akarlah yang akan memastikan kelangsungan si pokok. Tersembunyi di dalam tanah tapi mampu menjulang pokok sampai megah mencecah awan. Sorry. Kali ni terbeleter la pulak.....
p.s : Kalau dah baca dan rasa nak respon, jangan respon secara sok sek di belakang.
~Aku Pon Dunia~
Comments