top of page
Search

Nak jadi pengkarya kandungan kreatif digital?

  • Writer: Street Melody Kedah
    Street Melody Kedah
  • Jan 27, 2021
  • 4 min read

ree

Semalam ada saya post satu pandangan di Facebook berkenaan evolusi penonton yang mula beralih dari TV ke YouTube. Ramai yang berpandangan kandungan di dalam YouTube kini jauh lebi menarik dari apa yang dtonton melalui TV. Semakin ramai juga yang mula mengorak langkah menjadikan YouTube sebagai platform untuk menjana pendapatan dan mengetengahkan bakat dalam penerbitan kandungan kreatif.


Nama-nama seperti Isa Isaarb, Syahmi Shazli, Sugu Pavithra, Alieff Irfan, Nur Amira Syahira dan Bella Khan adalah antara mereka yang berjaya dalam industri kandungan kreatif digital melalui platform YouTube. Mereka berjaya memperolehi pendapatan yang luar biasa melalui minat mereka. Pada peringkat awal pembabitan mereka dalam industri YouTube ini mungkin sekadar suka-suka. Tetapi oleh kerana mereka konsisten dalam menghasilkan kandungan kreatif, maka hidup mereka berubah ke arah yang lebih baik.



ree

BAGAIMANA NAK BUKA YOUTUBE CHANNEL?


Sebenarnya adalah tidak mustahil sekiranya kita juga ingin berjaya dalam bidang penghasilan kandungan kreatif digital ini. Asalkan ada usaha yang berterusan dan sanggup melaburkan masa dan sedikit wang untuk bermula. Kini dengan hanya menggunakan telefon pintar, anda sudah boleh merakam, menyunting dan menerbitkan hasil kerja kreatif anda. Anda cuma perlu mendaftar channel YouTube anda sendiri. Bagaimana caranya? Anda boleh klik link yang saya sertakan ini dan belajar bagaimana caranya. Yang penting anda ada email.


Cara untuk membuka channel YouTube anda dengan menggunakan smart phone



ree


APA YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU?


Sebagai seorang yang baru memulakan karier sebagai pengkarya kandungan kreatif digital, anda harus mencari ilmu dari mentor yang betul berkenaan segalanya tentang penghasilan kandungan kreatif. Saya suka bertanya pada mereka yang lama dalam bidang perfileman mengenai beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan sesuatu kandungan. Antara beberapa perkara yang perlu diambil kira adalah seperti berikut :


1) Peralatan penggambaran

2) Pengarahan

3) Suntingan

4) Penghasilan skrip

5) Cinematografi

6) Teknik penerbitan digital


Ini adalah diantara aspek yang saya tittik beratkan bagi menghasilkan kandungan yang dimuatnaik ke channel YouTube saya. Tapi anda boleh saja menghasilkan dahulu sesuatu kandungan sambil anda belajar teknik yang betul. Buat dulu, kemudian perbaiki teknik dari masa ke semasa. Yang penting cari mentor yang betul-betul pakar dalam bidang penerbitan kandungan kreatif.



ree

MODAL UNTUK MENERBITKAN SESUATU KANDUNGAN


Persoalan yang bermain difikiran saya kini ialah setakat mana peranan pihak atasan membantu para pengkarya kandungan kreatif digital ini? Pada tahun 2020 FINAS telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Dana Kandungan Digital. Namun apabila saya membaca syarat untuk memohon dana ini, nampaknya tiada peluang untuk pengkarya baru memperolehinya. Saya faham FINAS harus memberikan dana tersebut kepada mereka yang berkelayakan dan bukan kepada mereka yang hanya "syok sendiri" dalam bidang ini. Nampaknya tiada perubahan yang ketara berlaku dalam evolusi ini. Cuma satu perkara yang melegakan pengkarya baru ialah platform YouTube sentiasa terbuka. Anda boleh terus berkarya walau pun tanpa modal yang besar atau pun tiada modal langsung! Bergantung pada kandungan yang ingin anda hasilkan. Ada kalanya kita terlalu mengharapkan subsidi atau modal dari kerajaan untuk memulakan sesuatu. Anda perlu buang pemikiran seperti itu.


Web FINAS : Dana Kandungan Digital 2020



ree


TAK TAHU NAK BUAT VIDEO APA?


Kini pengkarya kandungan kreatif YouTube menghadapi cabaran baru iaitu pandemik covid-19. PKP seluruh negara sedang dilaksanakan bermula 22 Januari hingga 4 Februari 2021. Maka segala aktiviti penggambaran terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Ramai yang mengeluh kerana banyak projek yang tertangguh. Soalan saya, haruskah kita mengeluh? Adakah untuk menghasikan sesuatu karya kandungan kreatif itu memerlukan penggambaran di set outdoor? Jawapannya tidak. Ini adalah satu kelebihan sekiranya anda memilih untuk menjadi content creator diYouTube. Anda masih boleh berkarya walaupun di dalam bilik tidur anda, dapur rumah anda, halaman rumah anda dan beberapa tempat yang sesuai tanpa anda melanggar SOP PKP. Contohnya anda boleh menghasilkan B-Roll video. Apa itu B-Roll video? Anda boleh belajar di link di bawah.


Apa itu B-Roll video?


ree

JANGAN PENINGKAN KEPALA


Jangan anda terlalu memilih untuk menghasilkan kandungan kreatif. Pada peringkat awalnya perkara ini juga sering saya alami memandangkan saya seorang yang meminati genre drama. Saya tersangkut pada satu niche yang memerlukan saya menghasilkan skrip dan perancangan teliti sebelum penggambaran. Lama kelamaan saya terjumpa banyak kandungan kreatif yang boleh dihasilkan dengan spontan. Ada sesetengahnya tidak pernah terfikir oleh pengkarya yang beraliran drama atau filem. Contohnya video seorang lelaki yang melakukan gerak kreatif mengikut lagu iklan di dalam TV. Video ini berjaya meraih lebih dari 300 ribu tontonan. Ada beberapa trending video lagi yang hanya dihasilkan di dalam rumah. Jom kita tonton!


Tarian Beras Cap Rambutan


Capati dan kambing masak berempah by Sugu Pavithra


Video parody Super Ring


Ini adalah di antara video yang trending di YouTube Malaysia. Nampak? Mungkin anda akan terfikir untuk menghasilkan satu video yang trending seperti mereka.



ree

APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN?


Kalau dahulu untuk mendapat projek drama, iklan, dokumentari atau apa sahaja bentuk rancangan di televisyen amatlah sukar. Anda perlu mempunyai syarikat yang kukuh, modal berbayar atau modal aset yang tinggi, peralatan yang menepati spesifikasi televisyen dan sebagainya. Kini dengan platform media sosil yang tersedia, anda tak perlu pening kepala dan melupakan impian anda untuk menjadi seorang pengkarya. Anda buat sahaja. Apa yang penting adalah anda mulakan dan konsisten dalam menghasilkan karya. Biarlah apa orang nak cakap. Hakikatnya setiap kritikan akan menjadikan anda lebih dewasa dalam berkarya. Ambil positif walau pun pahit. Semoga anda akan berjaya dalam mencapai impian anda sebagai seorang pengkarya kandungan kreatif digital.



ree

Sekiranya anda betul berminat untuk mendalami ilmu sebagai seorang pengkarya kandungan kreatif digital, anda boleh follow Facebook page Persatuan Penggiat Seni Kreatif (PERSPEKTIF). PERSPEKTIF kerap mengadakan bengkel berkenaan Kandungan Kreatif Digital dengan menjemput mereka yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut. PERSPEKTIF juga aktif menghasilkan karya dan membentuk ahli yang mengikuti bengkel supaya lebih kreatif dalam berkarya.


Facebook page PERSPEKTIF


YouTube channel PERSPEKTIF


YouTube channel BOOSH PRODUCTION (Ahli PERSPEKTIF)


YouTube channel Loud N Clear (Partner PERSPEKTIF)






 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

©2019 by Aku Pon Dunia. Proudly created with Wix.com

bottom of page