JANGAN KAU LUPA!
- Street Melody Kedah
- Oct 2, 2019
- 1 min read
Sejarah banyak mengajar kita. Malah boleh dikatakan sejarah adalah guru kita yang terbaik! Dalam menyusur arus kemodenan, seharusnya sesekali kita menoleh melihat sejarah kita agar sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk diceritakan atau dipupuk kepada anak cucu kita. Jangan sesekali BERBOHONG tentang sejarah! Nanti akan memakan diri kita sendiri. Belajarlah menilai sejarah. Cari, cari dan terus mencari dari mana akarnya. Itulah yang akan mendorong kita untuk menemui suatu kebenaran. Yang penting, HARUS BERSERTA BUKTI KONKRIT. Jangan kita asyik didendang dengan sejarah yang samar dan tidak kukuh. Jangan terjerumus dalam semak yang berduri, takut terbelit dan akhirnya terbunuh diri sendiri.
Pertemuan dengan ahli-ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah pada pagi ini amat bermakna buat kami. Disambut mesra oleh mantan pengerusi, Dato' Wira Dr Haji Wan Shamsuddin b. Yusof membuatkan kami teruja untuk mendengar kisah-kisah sejarah. Namun tidak kesampaian untuk berbicara kerana beliau sedang sibuk dengan program JEJAK WIRA anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia yang diadakan di kediaman beliau, TERATAK HAMKA. Namun kekecewaan kami terubat apabila pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah yang baru, Dr. Ibrahim Bakar melayan kunjungan kami dan sama-sama menyingkap sejarah yang kami cari. Dr. Ibrahim tidak jemu menjelaskan setiap persoalan kami dengan bersertakan fakta tarikh, nama dan tempat yang cukup lengkap. Persetujuan secara lisan telah tercapai untuk kami (PERSPEKTIF) berkolaborasi dengan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah untuk projek kami yang seterusnya. In syaa Allah... Mohon Allah SWT melancarkan segala urusan kami.
"JANGAN KAU LUPA! SEJARAHMU TIDAK PERNAH LEKANG DARI DIRIMU!"
~ Aku Pon Dunia ~
Comentários