HARIMAU BANGUN DARI TIDUR
- Street Melody Kedah
- Sep 29, 2019
- 1 min read

Berakhir sudah Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Kedah 2019. Alhamdulillah... PERSPEKTIF mendapat tempat ketiga dan sinografi terbaik. Sangat berbaloi memandangkan para peserta kali ini zero dalam teater. Kini PERSPEKTIF sedang sibuk untuk Panggung Seni Tradisional dan Program Perantisan Seni Hadrah Kedah yang bakal berlangsung kedua-duanya dalam bulan Oktober 2019. Memandangkan kemampuan PERSPEKTIF kini, kami sudah mula merancang beberapa program untuk November dan Disember 2019. Sudah tiba masanya. Kami tidak mahu menunggu lagi. Masa adalah terlalu berharga. Kami akan terus membentuk program-program dan karya-karya sama ada di angkat semula yang lama dan juga yang baru dan bakal dihasilkan. Segalanya telah bermula dan momentum ini harus dikekalkan. Kini semangat KUBAS kembali membara di dalam PERSPEKTIF. Walau pun kami dianggap underdog, ia sekali pun tidak akan mematahkan semangat kami. Kami amat yakin dengan tenaga-tenaga baru dan fresh dalam PERSPEKTIF berserta sokongan padu dari beberapa NGO di Negeri Kedah, kami mampu melakukan perubahan besar dalam memberi impak yang tinggi dan berpanjangan dalam arena seni budaya negeri Kedah. Biar apa yang orang kata, hanya Allah SWT yang bersifat "kudrat" dan "iradat". In syaa Allah....
Commentaires