Bukan kerja mudah! Part 2
- Street Melody Kedah
- Sep 26, 2019
- 2 min read
Untuk menjadi seorang editor yang bagus memerlukan ilmu, pengalaman, kreativiti dan feel yang baik. Telah saya nyatakan dalam satu post saya di facebook. Kalau sekadar kita buat tanpa ilmu, pengalaman, kreativiti dan feel, maka hasilnya adalah HAMPEH! Kita sahaja yang akan SYOK SENDIRI menonton hasilnya. Maka keluarlah kalam "Alah... Yang penting mesej sampai...". Helloooo!!!! Mesej memang sampai! Sampai kat kita ja sebab hanya kita yang faham dan suka. Belajarlah... Tak rugi... Jangan kita kata kita pandai! Saya sendiri mengaku saya bukan yang terbaik tetapi saya banyak menimba ilmu dari pakar-pakar yang berpengalaman. Saya sendiri belajar secara "mengerah kudrat" tanpa mendapat apa-apa upah atau gaji untuk belajar berkenaan shot, conti, colour temprature, cutting point, inserts, audio, lights dan macam-macam lagi. Selama lebih lima belas tahun saya berkecimpung dalam dunia layar dari posisi yang paling atas hingga yang paling bawah! Saya telah menyunting video dan filem dari sekecil-kecil iklan hingga ke video-video korporat bertaraf antarabangsa. Tapi saya masih tidak berpuas hati dan terus mencari ilmu untuk memantapkan skill suntingan saya. Bukannya anggap diri pro setelah berlakon jadi extra dalam dua tiga drama atau filem! Segalanya perlukan persiapan rapi! Bukanlah saya tujukan kepada sesiapa. Tetapi siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedas. Editor adalah kunci kepada kejayaan satu video atau filem. Editorlah yang akan membuang visual atau audio yang kurang menarik atau menampakkan kesalahan dalam shooting. Editorlah yang akan menyusun semula segala footage menjadi satu cerita. Walau pun apabila ada material yang tidak sempurna semasa proses penggambaran atau rakaman. Editorlah yang akan memberi "NYAWA" kepada produk akhir. So, untuk mereka yang berniat menjadi cameraman, audioman atau director sekali pun, perlulah ada ilmu dan pengalaman yang mencukupi agar anda tidak dimaki dari dalam hati editor. Mudah-mudahan...
p.s : Maaf jika ada yang terasa. Kita makhluk yang bersifat baharu.
~ Aku Pon Dunia ~

Comentários