Bukan kerja mudah!
- Street Melody Kedah
- Sep 25, 2019
- 1 min read
Melentur buluh bukanlah satu kerja yang mudah! Apatah lagi melentur, membentuk dan mencanai seorang manusia. Tapi kalau TIGA BELAS ORANG? Bayangkan... Itulah yang berlaku sepanjang Festival Teater Malaysia peringkat Negeri Kedah yang berlangsung dari 13 - 17 September 2019. Persatuan Penggiat Seni Kreatif (PERSPEKTIF) telah mengambil satu risiko dengan mementaskan naskah berat,"KANVAS" yang aku hasilkan pada tahun 2017 dan juga mengketengahkan bakat-bakat baru yang tidak ada asas dalam bidang lakonan mahu pun pengurusan produksi teater. Namun atas sifat tanggungjawab terhadap anak-anak muda yang berkeinginan tinggi untuk mencuba bakat mereka, kami teruskan jua. Sebagai seorang pengarah, serius aku perit dan stress! Tapi berbaloi apabila mereka berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Ketiga saja? Bagi aku, Alhamdulillah... Kami membentuk satu pasukan dari golongan yang tidak tahu menahu apa itu teater! Tahniah buat semua anak-anak didik PERSPEKTIF! Itulah aku dan PERSPEKTIF. Kami memikul tanggungjawab dan amanah untuk melahirkan insan-insan seni yang berkualiti. Terima kasih kepada isteriku Aznida Nur yang tak jemu melayan kerenahku dan juga bertindak selaku penolong pengarah. Rohizam Noor yang baru sangat pulih dari kesakitan. Adzayme Hamidon (WAIS) yang banyak berkorban demi KANVAS dan juga atas sokongan padu sahabat-sahabat PERSPEKTIF. Bagi kami ini titik permulaan yang baik untuk kita terus berkolaborasi. Alhamdulillah... Syukur padaMu ya Allah... Kerana memberikanku kekuatan dan keupayaan untuk terus berkarya walau dalam kesulitan. Segalanya adalah di atas kehendakMu. Ampunilah dosaku, rungkaikan kesulitanku, permudahkanlah urusanku dan makbulkan segala doaku ya Allah... Aamiin...
~ Aku Pon Dunia ~

Comments