Bila Ku Muhammad Faiz ke dunia lakonan
- Street Melody Kedah
- Oct 31, 2019
- 1 min read
Permulaan yang baik bagi Perspektif dalam bidang penghasilan video. Video drama pendek "Tok Wan Sayang Cucu" telah mendapat hampir 400 views dalam masa satu hari. Alhamdulillah... Lakonan Ku Muhammad Faiz sebagai Cucu Tok Wan sememangnya boleh dibanggakan. Selama ini Ku Muhammad Faiz lebih dikenali dalam bidang nyanyian namun bakatnya dalam bidang lakonan seolah-olah telah lama diasah. Bergandingan dengan pelakon teater berpengalaman, Rohizam Noor (DJ MD NOQ) Ku Muhammad Faiz tidak kelihatan kekok di hadapan kamera. Ini membuatkan saya bersemangat untuk terus menghasilkan karya seterusnya yang diharapkan Ku Muhammad Faiz dapat turut ada di dalamnya.
Sekalung tahniah juga buat ahli-ahli Perspektif yang lain. Muhammad Fadhlan, Muhammad Muzammir, Zamir Hakimi dan Muhammad Faris Syahmie yang bertungkus lumus bertindak selaku technical crew dalam pembikinan video "Tok Wan Sayang Cucu" yang memakan masa penggambaran sealam lima hari. Berkemungkinan selepas ini saya tidak lagi perlu memegang kamera kerana sudah ada bakat-bakat baru sebegini. Terima kasih diucapkan kepada Encik Ku Zulrushdi sekeluarga kerana tidak henti memberi sokongan. Juga kepada Encik Ishak Ahmad (Ruhie Isma) yang juga tidak jemu memberi nasihat dan pandangan dalam perjalanan Perspektif. Kepada management team, Aznida Nur Azizan (Production Manager), Shon Rahim (Marketing) dan beberapa nama lagi yang menyokong secara tidak langsung, You guys are the best! Jadi? Sememangnya saya tidak akan membenarkan momentum Perspektif terhenti di sini. Kami akan terus berkarya dalam bidang video ini sehingga mendapat tempat di hati para followers. Tereima kasih kepada semua followers Perspektif!
~ Aku Pon Dunia~

Comentários